KETIKA isu curang dalam perkahwinan menjadi bualan hangat netizen, pelakon Dayana Roza turut berkongsi luahan hati dan rasa kurang senangnya berhubung kemelut rumah tangga itu.
Menerusi satu hantaran di Threads, Dayana atau Nur Dayana Kamsun Baharin, 35, berpendapat wanita yang menjadi orang ketiga seharusnya lebih memahami keperitan hati wanita lain yang bergelar isteri.
Bercakap atas pengalamannya sendiri, Dayana menasihati wanita yang teraniaya ini untuk bangkit dan mencari kehidupan lebih baik.

Perkongsian Dayana di Threads.






