TELITI dalam memilih tawaran kerja, pelakon dan penyanyi Erra Fazira secara baik akan menolak untuk terlibat dengan mana-mana produk yang dirasakan tidak bersesuaian.
Kata Erra atau Fazira Wan Chek, 51, dia sendiri akan memastikan sebarang kandungan promosi tidak keterlaluan atau menampilkan sesuatu yang bertentangan dengan imejnya.
“Content adalah antara syarat yang penting sebelum bekerjasama. Jika keterlaluan yang tidak sesuai dengan gaya atau imej, saya akan tolak. Saya tidak mahu disuruh buat sesuatu yang bukan diri sendiri.

Erra pastikan setiap penglibatannya memberikan impak.





