Hiburan

“Kena tahu batas dan adab pergi majlis orang” – Netizen bengang ‘makcik’ tarik leher nak cium pipi Bella Astillah

VIDEO tular memperlihatkan leher pelakon Bella Astillah ditarik oleh seorang tetamu wanita ketika dia sedang menyantuni orang ramai semasa majlis kenduri kahwinnya di Muar, Johor pada Ahad mengundang simpati netizen di media sosial.

Insiden tersebut berlaku sewaktu Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, bersama suaminya yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sedang mesra beramah mesra dan melayan tetamu yang hadir meraikan hari bahagia mereka.

Menerusi rakaman tersebut, seorang wanita dilihat bertindak agresif dengan menarik bahagian leher Bella ke arahnya dan dipercayai untuk tujuan mencium pipi penyanyi tersebut.

Rakaman yang tular di media sosial.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh