PELAKON Kamal Adli mengakui sambutan Aidilfitri tahun ini terasa berbeza selepas melalui fasa perpisahan bersama bekas isterinya, Uqasha Senrose.
Menurut Kamal, 40, dia kini kembali menjalani kehidupan seperti zaman bujang dan lebih memberi tumpuan kepada diri sendiri serta anaknya, Hawra Uqaira.
“Selepas bercerai ini, saya kembali ke zaman bujang. Hanya fikir tentang diri sendiri dan juga anak sahaja.






