PENGARAH dan penerbit, Erma Fatima menegaskan tidak bercadang untuk mengambil pelakon baharu bagi membintangi filem arahannya sendiri yang bakal memulakan penggambaran.
Menurut Erma atau Fatimah Rahmad Ali, 57, selepas berehat lama daripada dunia pengarahan, dia ingin memastikan pelakon yang terlibat mempunyai pengalaman dan bersedia sepenuhnya sebelum memasuki set penggambaran.
"Saya sudah lama berehat daripada mengarah filem jadi bila saya nak buat ‘comeback’, saya harus memastikan saya dapat pelakon yang hebat supaya pelakon-pelakon ini bersedia untuk masuk set dan mereka tahu apa yang mereka lakukan.

Erma bimbang waktu tidak mencukupi untuk melatih pelakon baharu.






