BEBERAPA kali terlibat dalam kemalangan jalan raya sebelum ini belum cukup membuatkan pelakon Azhan Rani serik menunggang motosikal berkuasa tinggi.
Azhan atau Azhan Abdul Rani, 48, sebaliknya berkata, dia juga sedang berusaha mengumpul wang bagi memiliki motosikal idamannya iaitu BMW K1600B.
“Tak pernah serik menunggang motosikal berkuasa tinggi sebab kemalangan. Rasa nak naik taraf lagi adalah.







