MASIH bersedih dan trauma, penyanyi Reedzwann terpaksa berdepan pelbagai kecaman apabila ramai mempertikaikan dia berdua-duaan dengan rakan wanita ketika terlibat dalam kemalangan jalan raya pada pagi Sabtu.
Reedzwann menjelaskan dia menjemput rakannya iaitu Nuraisyatul Humairah di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pulau Pinang sekitar 10 malam namun tidak segera pulang ke Kuala Lumpur.
Sebaliknya, mereka singgah ke rumah ibunya di Bayan Lepas, Pulau Pinang untuk berehat sebelum bergerak ke Puchong, Selangor sekitar pukul 3 pagi.

Reedzwann sebak ketika majlis pengebumian Allahyarham Humairah.







