KELUARGA mengesyaki bekas vokalis kumpulan Wings iaitu Mel mengalami masalah jantung susulan rebah ketika menunaikan solat tarawih di sebuah surau pada malam Khamis.
Anak lelaki Mel yang juga penyanyi Ewal bagaimanapun memberitahu perkara itu hanya boleh dipastikan selepas bapanya itu melakukan pemeriksaan terperinci di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 21 Mac ini.
“Sebenarnya doktor pun tidak memberi informasi jelas mengenai keadaan bapa tapi kami sekeluarga rasa mungkin ada kena mengena dengan masalah jantung.