Hiburan

Keluarga dapat duit ‘shopping’ sebelum bercuti, ramai puji sikap murah hati Aina Abdul

BERKONGSI rezeki dengan ahli keluarga, penyanyi Aina Abdul dilihat sempat memberikan wang poket untuk perbelanjaan ketika mereka pergi bercuti bersama.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh abangnya, Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 32, dilihat memberikan sejumlah wang kepada adik-beradik serta anak saudaranya ketika berada di lapangan terbang sebelum berlepas ke Thailand.

Dalam hantaran tersebut, abangnya yang dikenali sebagai Awin Ghani turut menitipkan doa buat Aina agar sentiasa dimurahkan rezeki dalam kerjaya.

Keluarga mendoakan agar kerjaya Aina terus maju dan dimurahkan rezeki.

Keluarga mendoakan agar kerjaya Aina terus maju dan dimurahkan rezeki.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh