PELAKON Ben Amir berkongsi momen istimewa seorang wanita dipercayai kekasihnya dikenali sebagai Maiya memeluk Islam.
Ben atau Muhammad Amir Sabaruddin, 35, turut menitipkan ucapan penuh bermakna buat wanita berasal dari Filipina itu.
"Selamat datang ke agama Islam. Luangkan masa anda, belajarlah perlahan-lahan, nikmati keindahannya, dan ketahuilah bahawa anda tidak pernah keseorangan.

Momen Maiya ketika melafazkan dua kalimah syahadah.<img alt="" color:="" rgb="" src="






