PELAKON Nadiya Nisaa menjelaskan ketiadaannya di aplikasi Threads bukan kerana menganggap platform itu toksik, sebaliknya disebabkan kekangan masa dan dirinya kurang aktif di media sosial.
Kata Nadiya atau Nadiyatul Nisaa Kamaruddin, 41, dia sendiri tidak begitu mengikuti perkembangan atau suasana semasa di Threads sehingga sukar untuk membuat penilaian sama ada platform itu lebih cenderung kepada persekitaran positif atau sebaliknya.
“Ketiadaan saya di aplikasi Threads sama sekali bukan kerana menganggap ruang tersebut sebagai sebuah platform yang toksik.







