GELAGAT anak usahawan Datuk Seri Vida iaitu Cik B menyambut hari bapa pada 16 Jun lalu mengundang rasa sebak netizen.
Mana tidaknya Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 19, membuat kejutan kepada ibunya dengan menyerahkan sebiji kek yang tertera tulisan selamat hari bapa.
Kata Cik B, dia tidak mempunyai bapa untuk menyambut hari bermakna itu dan menyifatkan Vida adalah segala-galanya untuknya.
Vida terkedu dengan jawapan Cik B.