PEKA dengan masyarakat yang seakan hanyut dibawa arus era modenisasi memberi ilham kepada penyanyi Monoloque menghasilkan single terbaharunya berjudul Bila Buka Mata Mimpi Akan Hilang.
Loque atau Khairil Ridzwan Anuar berkata, lagu berkenaan berkisarkan perjalanan seseorang yang mempunyai impian besar tetapi dibayangi kehidupan seharian menghanyutkan.
“Kehilangan budaya diletakkan sebagai fokus utama, di mana manusia semakin termakan oleh dunia materialistik yang tidak diisikan dengan khasiat rohani,” katanya.

Bila Buka Mata Mimpi Akan Hilang sedia hiburkan peminat.






