PENYANYI Ariff Bahran sekali lagi berdepan ujian apabila kedai miliknya yang menjual beg berjenama mewah di Tamarind Square, Cyberjaya dirompak pada awal pagi Khamis.
Bahran atau Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari, 28, berkata pihaknya sudah membuat laporan di Balai Polis Cyberjaya dan kini sedang mengenal pasti tiga individu dipercayai terlibat.
“Buat masa ini saya diuji dengan kehilangan 24 beg mewah yang dirompak dari kedai. Hancur hati isteri. Jumlah kerugian dianggarkan RM92,000.
Ariff kongsi keadaan kedainya yang dipecah masuk.






