PELAKON dan penyanyi Bella Astillah akhirnya tampil menjelaskan mengenai dakwaan berlaku perselisihan faham antara dia dengan salah seorang kakitangan jenama yang diwakilinya.
Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 31, berkata kekecohan yang tercetus sebelum ini berpunca daripada tindakan segelintir netizen yang menyerang tanpa usul periksa.
"Ahamdulillah kami sudah dapat selesaikan perkara ini dengan baik. Sebenarnya tiada perkara yang tidak baik seperti yang digembar-gemburkan.

Antara foto yang dikongsikan Bella bersama individu terlibat.






