PELAKON Yuna Rahim meluahkan rasa kesal terhadap segelintir netizen yang terlalu cepat menilai orang lain berdasarkan usia, rupa, atau gaya hidup.
Menurut Yuna atau Shafiqah Husna Abd Rahim, 32, setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk menjalani kehidupan dan perbezaan antara generasi tidak sepatutnya dijadikan bahan perbandingan.
"Kecoh sangat masing-masing, Gen Z dan millennials, nak banding muka muda ke tua ke, lebih ke kurang ke… relax saja.

Hantaran Yuna menerusi Threads miliknya.





