PELAKON dan pelawak Sathia dikejarkan ke zon kuning Hospital Ampang kira-kira pukul 1.30 pagi Isnin selepas keadaanya dilaporkan kurang stabil.
Anak perempuannya, Amani, 37, berkata keadaan bapanya yang lemah selain kaki kanan yang bengkak menyebabkan mereka mengambil keputusan membawanya mendapatkan rawatan segera.
Menurut Amani, kejadian bermula apabila Sathia terjatuh di rumah pada Jumaat lalu ketika cuba untuk bangun tanpa bantuan.

Sathia dikejarkan hospital selepas terjatuh.






