PENYAMPAI radio DJ Sonic kini menjadi tumpuan selepas menerima kecaman netizen gara-gara menitipkan doa dan kata-kata semangat buat pelakon Nur Fazura yang sedang menghadapi ujian besar membesarkan anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya.
Walaupun niat DJ Sonic atau nama sebenarnya Awang Suffian Awang Hussein sekadar mahu memberi sokongan moral, namun cara ulasannya yang seolah-olah menggambarkan Fazura sedang bersedih dan meminta wanita itu mencari kedamaian hati mengundang pelbagai persepsi.
"Sibuk sahaja DJ Sonic ni, cara dia mengulas macam Fazura tak bahagia… Dia ni jurucakap Fazura ke?" tulis seorang pengguna media sosial yang kecewa dengan kenyataan tersebut.

DJ Sonic percaya Fazura seorang insan dan ibu yang kuat.






