Hiburan

Karyawan tidak terima dana, Khadijah Ibrahim cari idea bantu anak seni menderita

PENYANYI yang juga merupakan Pengerusi Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Khadijah Ibrahim prihatin dengan nasib para penggiat seni tanah air yang masih kurang menerima perhatian dalam aspek bantuan dan sokongan kewangan.

Menurut Khadijah, 65, dia sering mendengar berita mengenai bantuan yang disalurkan ke pelbagai sektor, namun golongan anak seni jarang diberi perhatian sedang mereka memainkan peranan besar dalam memartabatkan budaya dan hiburan negara.

"Kita lihat apa yang berlaku dalam industri, orang-orang kita (anak seni) perlu bantuan. Jadi kadang-kadang bila kita dengar bantuan dihantar ke sana dan sini, bagaimana pula nasib anak-anak seni?

Khatijah dan Freddie (tengah) ketika sidang media Konsert Makan Malam Amal Legends: Sweet Charity.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh