PELAKON dan usahawan Karl Shafek teruja apabila bakal beraksi kembali di pentas lakonan menerusi naskhah Teater Muzikal Tomyam Berdarah selepas hampir sedekad menyepi daripada dunia pementasan.
Karl atau nama sebenarnya Khairul Shafek Ibrahim, 46, berkata kali terakhir dia menjayakan pementasan adalah pada 2018 menerusi teater Ombak Rindu sebelum terpaksa memperlahankan kerjaya seni akibat pandemik Covid-19.
"Alhamdulillah, ketika mendapat tawaran daripada penerbit Siti Rohayah Attan, saya terus katakan ya walaupun belum baca skrip dan tidak mengetahui jalan cerita serta butiran penuh teater ini.

Kali terakhir Karl menjayakan teater pada 2018.





