KAPAL misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang dinaiki penyanyi Zizi Kirana iaitu Huga dipintas, ‘diculik’ serta dinaiki secara paksa oleh tentera rejim Zionis ketika berlayar di perairan antarabangsa dalam misi bantuan ke Gaza, Palestin.
Perkara itu disahkan dan dikongsikan menerusi akaun media sosial rasmi Sumud Nusantara sebentar tadi.
Dalam masa sama, Sumud Nusantara turut memuat naik rakaman video Zizi yang dibuat sebelum pelayaran memaklumkan dirinya sudah diculik oleh tentera Israel sekiranya video itu dikongsikan kepada umum.
Zizi memohon kerajaan untuk membebaskan peserta GSF yang ditahan tentera Israel.





