PELAKON Toh Puan Syamim Freida berkongsi kisah awal perkenalannya bersama suami Yang Mulia Tengku Ezrique Ezzuddean menerusi sesi soal jawab (Q&A) di Instagram Story miliknya.
Syamim atau nama sebenarnya Syamim Mohd Farid, 35, mendedahkan pertemuan mereka bukan berlaku secara kebetulan, sebaliknya diatur oleh keluarga.
Menurutnya, abang kandungnya menjadi individu yang memainkan peranan penting dalam menemukan mereka sehingga hubungan tersebut berakhir dengan perkahwinan.

Syamim dan suami berkahwin pada Mac 2016.





