PELAKON Kamal Adli diumumkan sebagai pengacara baharu bagi program Melodi sekali gus menggantikan Fikry Ibrahim sebelum ini.
Pelantikan Kamal yang juga digelar netizen sebagai ‘King of Threads’ itu adalah sebahagian daripada pembaharuan menyeluruh program berkenaan yang kini melangkah ke era baharu yang lebih segar, moden dan dinamik.
Menerusi wajah baharu ini, Kamal bakal bergandingan dengan hos sedia ada iaitu Ain Edruce bagi mengemudikan rancangan tersebut.

Kamal bakal kendalikan Melodi bermula 9 malam ini.






