SELEPAS dua minggu disahkan bercerai dengan aktres Uqasha Senrose, pelakon Kamal Adli mengaku masih berada dalam fasa pemulihan.
Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, berkata situasi yang dilalui bukan sesuatu yang mudah, malah dia terpaksa berpura-pura tenang ketika berada di set penggambaran.
"Saya seronok sibuk bekerja dan dalam masa sama sedang ‘recovery’. Perkara ini baharu untuk saya, bukan sesuatu yang pernah saya lalui sebelum ini.

Keadaan Kamal yang terlihat semakin kurus.






