KEMUNCULAN Elly Mazlein pada minggu kedua program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) pada malam Ahad mencuri perhatian ramai apabila pengacara itu tidak lagi muncul sebagai Kak Lina Pom Pom yang terkenal dengan karakter agresif dan gedik.
Selepas membuat persembahan pembukaan bersama pasangan pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse menerusi lagu Pujaanku, Elly memperkenalkan dirinya sebagai Elly M dan bukannya Kak Lina Pom Pom.
“Boleh panggil saya Elly M atau Elly Mazlein,” katanya ringkas.