Hiburan

“Kalau minta duit, dah lama saya kaya” – Ina Naim naik hantu dituduh ‘sengkek’ ambil bayaran temu bual

PENYANYI Ina Naim tampil mempertahankan diri selepas berang dituduh sebagai artis yang meminta bayaran sekiranya ingin ditemu bual pihak media.

Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim, 42, menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak berasas dan menegaskan dia tidak pernah bersikap meminta-minta sepanjang hampir dua dekad berada dalam industri seni.

"Kalau betul saya ini jenis setiap kali temu bual minta duit, sudah lama saya kaya sejak 2006 lagi. Tapi hidup saya bukan kerana duit semata-mata," katanya kepada mStar.

Ina tampil bela dirinya.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh