PENYANYI Datuk Awie mengakui belum mempunyai perancangan untuk kembali aktif dalam dunia lakonan meskipun masih menyimpan rasa rindu untuk berada di set penggambaran.
Menurut Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 58, perasaan itu lebih kuat apabila mengimbau kenangan bekerja di bawah arahan pengarah Allahyarham Mamat Khalid yang disifatkan sebagai insan penting dalam perjalanan karier lakonannya.
"Untuk berlakon lagi itu biarlah diberikan kepada mereka yang lebih sesuai. Bukan tidak mahu, saya masih nak dan rindu dengan dunia lakonan.

Awie rindu kenangan berlakon di bawah arahan arwah Mamat.






