DIKECAM disebabkan berpenampilan tidak bertudung, pelakon Norreen Iman memaafkan mana-mana pihak yang melemparkan kata-kata negatif terhadapnya di media sosial, selagi kritikan berkenaan tidak melibat tuduhan fitnah.
Norreen atau nama sebenarnya Norreen Iman Abdullah, 32, berkata, dia tidak berasa tersinggung mahupun marah dengan pelbagai kecaman yang dilontarkan, sebaliknya reda memandangkan dia sendiri yang membuka ruang kepada umum untuk memberikan pandangan.
"Aku tidak berkecil hati apabila orang kecam atau buli dengan apa yang aku muat naik di media sosial. Orang akan terus bercakap berdasarkan apa yang mereka lihat dan dengar, dan mereka nampak sebab aku yang buat hantaran itu.

Penampilan Norreen mendapat banyak reaksi negatif netizen.






