PELAKON dan model, Alicia Amin, mendedahkan hubungan cintanya dengan teman lelaki masih berada pada fasa awal dan belum ada sebarang perancangan ke arah perkahwinan dalam masa terdekat.
Menurut Alicia atau Raja Alicia Raja Amin, 30, kedua-dua mereka memilih untuk tidak terlalu terburu-buru dalam menentukan hala tuju hubungan memandangkan masing-masing kini sibuk dengan urusan kerjaya.
"Kami okey sahaja sebab dia sedang fokus kepada perniagaan, manakala saya pula sibuk dengan karier seni. Jadi kami ambil pendekatan perlahan-lahan.

Alicia fokus pada kerjaya seni.






