SELEPAS lama tidak berkongsi foto bersama, hubungan pelakon Zeera Azizi bersama pempengaruh media sosial, Zhiddin Aziz menjadi tanda tanya ramai.
Tampil menjawab mengenai perkara itu, Zeera atau nama sebenarnya Nurazeera Azizi, 30, menyerahkan sepenuhnya soal hubungan cinta kepada takdir.
Katanya, pada usianya kini dia memilih untuk tidak meletakkan harapan terlalu tinggi dan lebih selesa menyerahkan soal jodoh kepada takdir.

Zeera dan Zhiddin sebelum ini kerap berkongsi foto mesra.






