PENYANYI Kaka Azraff mengambil tanggungjawab menjaga empat orang anak saudaranya yang masih kecil selepas pemergian kakaknya pada 8 Mac lalu.
Kaka atau Nor Atiqa Noor Azraff, 35, berkata, dia dan adiknya menawarkan diri membantu membesarkan anak-anak saudaranya bagi meringankan beban abang iparnya.
“Kakak saya meninggal dunia secara mengejut dan dia tinggalkan empat orang anak dan sekarang saya dan adik menjaga mereka.