USAHAWAN Kak Nona meluahkan rasa kesal terhadap bekas suaminya yang secara tiba-tiba muncul dan melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas ke atasnya.
Malah dedah Nona atau Rose Azlin Rosli, 51, bekas suaminya yang dikenali sebagai Pak Edy itu tidak pernah menyumbang sebarang nafkah semasa dia berusaha membesarkan tiga anak mereka iaitu Dania, 24, Anna 21 dan Arina 17.
“Saya besarkan anak tanpa nafkah dari bapa mereka. Selama tujuh tahun dia menghilangkan diri tanpa khabar berita.

Kak Nona berjaya beri pendidikan pada anak-anak.






