DIKRITIK hebat netizen susulan pengacaraannya di pentas All Stars Gegar Vaganza (GV10), pengacara Elly Mazlein berkata dia mengambil serius segala pandangan dikongsikan oleh penonton.
Elly atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 43, berkata selepas membaca komen diberikan, dia mengambil keputusan untuk tidak lagi beraksi dalam program berkenaan.
Menurut Elly atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak dan mengakui kesilapan dirinya dalam mengacarakan program berkenaan.







