USAHAWAN sensasi Liana Rosli hidup dalam ketakutan sejak insiden kediamannya dipecah masuk perompak pada awal Mac lalu.
Lebih membuatkan Liana atau mesra disapa Kak KM tidak dapat tidur lena apabila mendapat tahu kediaman usahawan pencuci mulut Kieda pula dirompak dipercayai perbuatan individu sama.
“Tahu tak kes perompak masuk rumah Kieda? Orang sama pecah masuk rumah saya. Suspek kena tahan reman tujuh hari tapi dibebaskan selepas membayar ikat jamin.