ISTERI kepada penyampai radio, Kai Hassan iaitu Azna Anowar selamat melahirkan anak perempuan seberat 2.9 kilogram di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada petang Isnin.
Kai atau nama sebenarnya Abdul Karim Hassan, 31, berkata bayi yang diberi nama Ellara Hawra itu dilahirkan secara pembedahan selepas disahkan berada dalam kedudukan songsang oleh doktor.
“Alhamdulillah semuanya selamat. Isteri bersalin secara pembedahan sebab bayi songsang. Doktor sarankan untuk lahirkan lebih awal.

Kai hargai pengorbanan isteri lahirkan anak.






