PELAKON Sabrina Ali tidak pernah terfikir hubungan sebagai anak saudara kepada penerbit Datuk Yusof Haslam adalah jalan singkat dan ‘kabel’ yang menjamin kejayaannya dalam bidang seni.
Malah, Sabrina atau Sabrina Nadira Ali Dad Khan, 46, berkata, dia lebih selesa identitinya tidak begitu dikaitkan dengan nama keluarga, kerana mahu membina kerjaya berdasarkan kebolehan dan hasil usaha sendiri.
Tegasnya, penglibatan dalam industri seni bukan kerana mahu bergantung kepada bapa saudaranya atau mendapatkan bantuan daripada individu berpengaruh dalam industri.







