SETIAP hari ada sahaja perkara dicetuskan Fathia Latiff di media sosial sehingga ada menganggap pelakon itu sengaja mencetuskan kontroversi bagi menaikkan kembali namanya yang sudah tenggelam.
Terbaharu Fathia berkongsi pula gambar bersama seorang jejaka dengan kapsyen ‘just married’ atau sudah berkahwin di Instagram miliknya yang menimbulkan tanda tanya netizen.
Ada yang teruja dengan perkhabaran itu namun ada pula merasakan gambar memperlihatkan Fathia dipeluk lelaki berkenaan daripada arah belakang hanya sekadar gimik demi meraih perhatian.







