DUA pasangan ibu dan anak terselamat daripada tersingkir pada minggu ketujuh program realiti nyanyian Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) yang berlangsung pada malam Ahad.
Pasangan tersebut ialah Anggrek serta pengurusnya Adira dan Azeva bersama Datuk A Aida.
Dua peserta ini layak meneruskan saingan seterusnya apabila diselamatkan oleh juri dan penaja utama.

Persembahan Kim juga gagal mendapat perhatian juri sekali gus berada di tangga tiga terakhir.




