JUARA Hero Remaja 2017, Alif Muhaimin mengakui tidak lagi mahu bergantung sepenuhnya kepada dunia lakonan apabila kini serius membina kerjaya sebagai ejen insurans demi menjamin pendapatan bulanan yang lebih stabil.
Alif atau Alif Muhaimin Abdul Rahman, 31, berkata keputusan itu dibuat kerana tawaran berlakon tidak menentu, sedangkan dia kini mempunyai komitmen keluarga yang perlu diutamakan.
“Shooting drama atau filem memang bayarannya berbaloi tetapi bila job kurang atau tak konsisten saya jadi takut sebab dah ada komitmen dan keluarga. Saya memang kena ada duit setiap bulan.

Alif mahu menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan baik.






