JUARA program realiti All Together Now Malaysia musim pertama, Idris Brown, menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira pukul 1.45 petang Ahad.
Berita pemergian penyanyi itu disahkan isterinya, Fatin, 30, yang memaklumkan Idris atau nama sebenarnya Idris Zulkifli, 30, dimasukkan ke ICU selepas diserang strok.
Menurut Fatin, suaminya menjalani pembedahan bagi membuang darah beku sebelum keadaan kesihatannya kembali stabil dan dipindahkan ke wad biasa.

Allahyarham merupakan pemenang All Together Now Malaysia musim pertama.






