PELAWAK dan usahawan, Danial Zaini, berkongsi pengalaman pahit apabila restoran miliknya, Paku dan Pontianak pernah berdepan kecaman hebat sehingga menjejaskan operasi dan jualan.
Menurut Danial atau Mohamad Danial Mohd Zaini, 32, ketika restoran itu tular di media sosial kerana menerima pelbagai kritikan, hasil jualan harian pernah jatuh merudum sehingga hanya mencapai RM80 sahaja.
“Zaman restoran saya viral dan kena kecam dulu, pernah satu hari jualan tak sampai RM80… rasa macam buka kedai pisang goreng.

Danial terpaksa keluar duit sebanyak RM30,000 demi restorannya terus bertahan.






