BEKAS pengurus kepada kumpulan Slam dan Exists iaitu Johan Aziz dilaporkan meninggal dunia pada Ahad.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 12.20 tengah hari tadi di kediamannya di Ampang Jaya, Selangor pada usia 61 tahun.
Johan sebelum ini disahkan menghidap kanser usus pada 2018 sebelum didiagnos dengan kanser tulang pula.

Johan telah menaikkan kerjaya kumpulan Slam.





