PENERBIT dan pengarah, Jinggo memberi amaran kepada sebuah portal yang didakwa menyebarkan fitnah mengenai dakwaan rumah tangganya dengan pelakon dan pengacara, Sheila Rusly kini tidak serasi.
Jinggo atau nama sebenarnya Azman Yahya, 60, menuntut portal berkenaan mengemukakan bukti berhubung dakwaan kononnya wujud ketidakharmonian dan masalah keserasian antara mereka sebagai suami isteri.
“Tok Sidang (panggilan Jinggo) bagi awak 24 jam, sila buktikan dekat mana tak serasi itu sebelum awak Tok Sidang ‘kerasian’.

Jinggo (kanan) memberi amaran untuk membuktikan kenyataan fitnah dibuat.





