PENANTIAN selama tiga tahun pelawak dan pengacara Jiggy Masin bersama isterinya yang juga penerjun negara, Dhabitah Sabri akhirnya terjawab apabila pasangan itu selamat menimang cahaya mata sulung pada 24 November lalu.
Menurut Jiggy atau nama sebenarnya Mohamad Aizat Ahmad Nazri, 36, bayi lelaki itu dilahirkan pada pukul 4.33 petang menerusi pembedahan kecemasan selepas doktor mengesyaki terdapat komplikasi melibatkan tali pusat.
"Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana akhirnya selepas tiga tahun menanti, Allah SWT memberikan rezeki untuk saya menjadi seorang ayah. Sejujurnya, saya tidak pernah terfikir akan sampai ke fasa ini, apatah lagi pada usia sekarang.

Jiggy berkongsi berita baik itu di Instagram miliknya.






