HUBUNGAN baik antara wartawan Huzz dan Datuk Sharifah Aini menjadi penyebab perang dingin antara biduanita itu dengan penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza selama enam tahun kembali jernih.
Huzz yang ketika itu Editor URTV menjadi orang tengah untuk memulihkan keadaan dengan mengatur satu sesi fotografi sempena Aidilfitri bersama kedua-dua artis tersebut pada 2010.
Mengimbau kenangan itu, adik arwah iaitu Nur-ul Afida Kamaludin menganggap ia sebagai satu kejayaan besar apabila Huzz dapat menyatukan artis berkenaan.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Ibu Allayarham Huzz, Noor Hamid (kiri) berkongsi mengenai anaknya. Sebelah kanan ialah adik Huzz, Nur-ul Afida.
Mana tidaknya kata Nur-ul Afida, Huzz memang meminati Sharifah Aini sejak berada di bangku sekolah selain sentiasa mengikuti perkembangan dunia hiburan tempatan.
“Bagi saya ia satu pencapaian besar buat arwah apabila berjaya menyatukan Sharifah Aini dan Siti Nurhaliza ketika Huzz berkhidmat di URTV.
“Ia mungkin cerita sensasi tetapi bukan mudah menghasilkan penulisan yang menyatukan dua nama besar dalam industri hiburan,” katanya.
Selain pihak Perkeso, Noor Hamid turut menerima kunjungan Presiden, Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) iaitu Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin (tiga dari kanan) dan timbalannya, Niezam Abdullah (belakang).
Tambahnya sewaktu remaja, Huzz begitu meminati Sharifah Aini dan dia sanggup menyimpan wang belanja sekolah untuk membeli tiket menonton wayang lakonan biduanita itu.
Nur-ul Afida Kamaludin yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis penyerahan faedah Perkeso kepada waris Huzz di Ampang Jaya, pada pagi Isnin.
ARTKEL BERKAITAN: Syukur sudah sempurna badal haji untuk arwah Huzz, keluarga ucap terima kasih kepada Siti Nurhaliza dan Datuk K
ARTIKEL BERKAITAN: Wartawan Huzz pencetus nama Datuk K meninggal dunia, sempat tinggalkan pesanan terakhir
Selain Huzz, pertemuan antara Sharifah Aini dan Siti Nurhaliza itu turut dirancang oleh dua wartawan lain masing-masing dari Berita Harian dan Utusan Malaysia yang berpakat agar dua nama besar yang bersengketa itu perlu dijernihkan dengan tiga penerbitan media menjadi perantaraannya.
Bercerita lanjut mengenai keperibadian arwah, Nur-ul Afida kagum dengan keperibadian arwah abangnya itu yang amanah dalam menjaga kerahsiaan setiap isu membabitkan mana-mana selebriti.
Bukan mudah menghasilkan penulisan yang menyatukan dua nama besar dalam industri hiburan.
NUR-UL AFIDA KAMALUDIN
ADIK ALLAHYARHAM HUZZ/CEO BERNAMA
Malah katanya, Huzz juga tidak pernah membuka mulut apabila ada ahli keluarga yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam cerita di sebalik kontroversi artis.
“Apabila dia menulis di ruangan gosip, dia sangat menjaga kerahsiaan artis. Dia tidak akan membuka cerita dan cukup pegang rahsia,” kongsinya.
Sementara itu ibu Huzz iaitu Noor Hamid, 79, merupakan waris yang menerima faedah Pencen Penakat bawah Skim Keilatan dan Faedah Pengurusan Mayat (FPM) daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Pengarah Perkeso Kuala Lumpur, Mohamad Asri Ngosman, berkata, hasil ceruman rekod mendapati arwah pernah berkhidmat sebagai wartawan di Utusan Melayu (Malaysia) Berhad sejak tahun 1993 hingga 2019.
Mohamad Asri Ngosman (dua dari kiri), Ketua Bahagian Sinergi Perkeso, Rahmat Ismail (kiri) menyerahkan sumbangan kepada ibu Huzz, Noor Hamid. Kanan sekali ialah Nur-ul Afida.
Mohamad Asri berkata, ibu Allahyarham layak menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sebanyak RM3,000 secara sekali bayar dan Pencen Penakat sebanyak RM1,027.00 setiap bulan sehingga ke akhir hayat.
“Rekod Perkeso juga mendapati arwah pernah membuat permohonan tuntutan Pencen Ilat di bawah Skim Keilatan Akta 4 pada 27 Mei lalu namun permohonan tidak sempat dibawa ke sidang Jemaah Doktor selepas Huzz disahkan meninggal dunia.
“Walaupun permohonan Pencen Ilat tidak sempat diproses, namun rekod caruman Perkeso yang dibuat bukan perkara sia-sia,” kongsinya.
Allahyarham Huzz semasa menerima rawatan di HKL.
Huzz atau nama sebenarnya Kamal Huzaini Kamaludin meninggal dunia pada 8 Jun lalu di kediaman abangnya di Bertam, Pulau Pinamng akibat kanser usus tahap empat.
Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Berpusat Seberang Perai Utara di Permatang Langsat pada hari sama.
Arwah yang juga bekas Pengarang Majalah URTV dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Mac lalu untuk menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada usus, kemudiannya disahkan menghidap kanser usus tahap empat.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!