PELAKON Aida Aris memaklumkan jenazah Allahyarham Badrul Muhayat sudah dibawa ke Hospital Sebarang Jaya, Pulau Pinang bagi menjalani proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya.
Aida berkata, isteri arwah iaitu Norhayati Zulkapli turut berada di hospital berkenaan bagi menguruskan proses bedah siasat Allahyarham sebelum menentukan perkara lain bagi menguruskan jenazah.
“Jenazah sekarang sudah dibawa ke hospital untuk bedah siasat tapi saya tidak pasti sama ada hari ini atau esok proses itu akan selesai.
Badrul Muhayat meninggal dunia pada usia 55 tahun.