JENAZAH pelakon Nadia Kesuma telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Dahaban, Jeddah, Arab Saudi pada pukul 7.35 pagi waktu tempatan pada Isnin.
Menurut suami Allahyarham, Profesor Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah, upacara pengebumian itu dipenuhi rasa sedih dan kehilangan yang cukup mendalam.
Namun, pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu reda dengan ketentuan Ilahi kerana percaya arwah isterinya kini berada di tempat lebih baik.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di kawasan Perkuburan Dahaban, Jeddah.






