PELAKON Noorkhiriah terbuka membantu menguruskan jenazah yang berdepan masalah menerusi Pertubuhan Amal Nur By Khiriah yang ditubuhkan olehnya.
Menawarkan perkhidmatan percuma bagi individu memerlukan, Noorkhiriah atau Noorkhiriah Ahmad Shapie, 46, berkata sumbangan yang diberikan orang ramai itu akan digunakan sebaiknya dalam membantu memastikan pengurusan jenazah dapat dilakukan dengan sempurna.
“Assalamualaikum minta maaf dulu takut salah tulis. Soal tahan-tahan jenazah, scam jenazah tak boleh bawa keluar ni saya nak beritahu andai terjadi pada korang marilah cari Pertubuhan Amal Nur by Khiriah.

Khiriah menawarkan khidmat pengurusan jenazah secara percuma.






