Hiburan

Jenazah Allahyarham Dharma Harun selamat dikebumikan… Rakan selebriti hadir beri penghormatan terakhir 

SUASANA sayu mengiringi pengebumian pelakon, Allahyarham Dharma Harun Al Rashid, apabila jenazahnya selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Fasa 2, Batu Caves kira-kira pukul 12.30 tengah hari pada Rabu.

Terdahulu, jenazah arwah dimandikan dan disolatkan di Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah, Taman Sri Rampai sebelum dibawa ke tanah perkuburan bagi urusan pengebumian.

Anak-anak arwah iaitu Siti Qurratu Aini dan Muhammad Al Syafiq Mohamad Azman dilihat tenang meskipun sebak sepanjang urusan berlangsung, sambil dibantu ahli keluarga terdekat dan saudara-mara.

Anak Dharma (Syafiq) turut membantu semasa pengebumian arwah.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh