PENGACARA Fiza Sabjahan tampil membersihkan namanya susulan timbul dakwaan dia merupakan wanita yang menjadi orang ketiga dalam rumah tangga seorang hos lelaki.
Fiza atau Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan, 43, bagaimanapun menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah yang boleh memburukkan nama baiknya.
Dia turut memberi amaran akan menyimpan bukti berhubung dakwaan yang mengaitkan dirinya itu.

Fiza beri amaran kepada pengguna Threads.





